Kursus Peningkatan Jati Diri & Kecemerlangan Organisasi

Ditawarkan kepada majikan, jabatan-jabatan dan organisasi yang berminat untuk menghantar pekerja menjalani kursus ini. Sesuai untuk semua peringkat jawatan / gred.

Kursus ini adalah menjuruskan kepada pendedahan mengenai konsep team building yang menjadi asas penting budaya kerja dalam sesebuah organisasi. Jangka masa kursus adalah sama ada 4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam. Lokasi pelaksanaan bergantung kepada persetujuan pihak penganjur. Walau bagaimana pun tempat yang dicadangkan itu mestilah menepati dengan ciri-ciri yang akan ditetapkan oleh pihak HBJ Warisan serta modul aktiviti kursus ini.

Di antara objektif kursus ini ialah:
  • Memberi kesedaran bahawa sumbangan dan potensi diri menjadi sumber kejayaan dan kecemerlangan organisasi.
  • Menyuntik semangat jati diri, keyakinan, kesabaran, kejujuran, amanah, kecekapan dan semangat bekerja atas dasar keikhlasan.
  • Memantapkan semangat daya tahan dari segi ketahanan mental dan fizikal.
  • Membina kematangan dalam diri setiap peserta mengharungi segala cabaran terutama cabaran dalam tugas/kerja.
Penyertaan secara pakej berkumpulan syarat-syaratnya:
  1. Minimum penyertaan adalah 40 orang manakala maksimum penyertaan adalah 80 orang.
  2. Permohonan hendaklah secara bertulis (surat rasmi).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pakej harga, anda boleh hubungi kami di alamat dan no. telefon seperti yang tertera di sebelah kanan laman ini. Sebutharga hanya akan dikeluarkan setelah surat rasmi dari majikan diterima.


Alamat

No. 3, Kompleks Wakaf Niaga,
Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah,
Batu 14, 43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.

No Telefon

  • 017–293 4446
  • 013–347 4969
  • 016–667 7853

Faks

  • 03–8733 0244