Kem Kepimpinan

Ditawarkan kepada sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan badan penganjur yang berminat.

Kem kepimpinan ini amat sesuai untuk kelompok sasaran seperti pengawas sekolah, ketua murid atau pelajar, barisan atau exco kepimpinan pelajar, pustakawan, ajk persatuan atau kelab, siswa dan siswi kolej, institut dan universiti.

Jangkamasa kem adalah 3 hari 2 malam. Pemilihan tempat pelaksanaan boleh dibincangkan.

Di antara objektif Kem Kepimpinan ini ialah:
  • Membina potensi dan daya kepimpinan peserta ke arah kecemerlangan.
  • Merungkai sikap gementar, malu dan rendah diri ke arah sikap yang positif dan berfikiran matang.
  • Memupuk kekuatan jati diri, mental dan komitmen sebagai pemimpin serta rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
  • Memperbaiki komunikasi peserta terhadap individu dan kelompok sebagai satu aspek penting dalam memimpin.
  • Berupaya membuat keputusan yang bijak dalam penyelesaian masalah dan situasi kritikal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pakej harga, anda boleh hubungi kami di alamat dan no. telefon seperti yang tertera di sebelah kanan laman ini.


Alamat

No. 3, Kompleks Wakaf Niaga,
Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah,
Batu 14, 43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.

No Telefon

  • 017–293 4446
  • 013–347 4969
  • 016–667 7853

Faks

  • 03–8733 0244